|
Post by SeaDragon on Dec 23, 2017 15:15:49 GMT 10
Nasi Minyak
1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) 250 g minyak sapi 2 helai daun pandan (disimpul) 1.55 l. air 150 ml susu cair garam secukupnya 80 g. gajus } 50 g. bawang goreng } bahan hiasan 100 g pis hijau }
Bahan Penumis: 5 cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 2 buah pelaga
Bahan dikisar: 8 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2.5 cm kunyit hidup 2.5 cm halia
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau. 2. Masukkan beras, gaul 2-3 minit. 3. Bubuh pula daun pandan, air, garam dan susu. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak. 4. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak. 5. Taburkan bahan hiasan semasa menghidangnya.
|
|