|
Post by SeaDragon on Dec 24, 2017 19:36:33 GMT 10
SOALAN: Saya mencari-cari resepi ayam goreng berempah untuk dihidangkan bersama nasi minyak, beriani & tomato. Perlukah ayam goreng ini diperap terlebih dahulu dan untuk berapa lama? Kalau dapat resepi ala-ala ayam goreng di Restoran Insaf pun bagus juga. Ayam gorengnya garing di luar tetapi masih lembut di dalamnya. Diharap Puan dapat membantu.
JAWAPAN: Ayam goreng garing di luar tetapi lembut di dalam kerana ia diperap di dalam rempahnya selama 4-6 jam (bekas bertutup, di dalam peti sejuk rak bawah). Goreng 'deep-fry' atau dalam minyak yg banyak (sederhana panas) supaya ketulan ayam mudah masak. Jika goreng dlm minyak sedikit, ia tidak masak sekata dan hanya garing di luar. Resepi di bawah istimewa kerana ia siap dengan kuahnya sekali (kalau tahu resepi mcm di Restoran Insaf, sudah lama saya buka restoran sendiri.... ).
Ayam Goreng Berempah
1 ekor ayam - dipotong 8-10 700 ml santan (1 kelapa) 1 camt asam jawa + 4 camb air (tapis) 1 camb gula merah 1 camt serbuk kunyit 1 camb ketumbar, sangai & tumbuk halus Garam, minyak untuk menggoreng
Bahan kisar: 4-5 biji cili merah 12-15 biji cili padi 3 biji buah keras 1 labu bawang besar 8 ulas bawang merah 1 batang serai 2 cm lengkuas
Perap ayam dengan semua bahan kecuali santan selama 4 jam (jika lebih, simpan di dlm peti sejuk). Jerang santan dengan semua bahan ayam hingga mendidih. Bila ayam separuh masak, keluarkan dan sejat hingga kering. Goreng dlm minyak yg banyak hingga keemasan. Sajikan kuahnya berasingan.
|
|