Post by SeaDragon on Dec 24, 2017 20:14:16 GMT 10
SOALAN: Saya ingin tahu cara untuk membuat kari ayam seperti masakan ibu di kampung. Apabila saya cuba membuatnya berdasarkan buku resepi, saya dan suami tidak menggemari rasanya yang masam dan seperti kari mamak.
JAWAPAN: Bila puan menyebut seperti masakan ibu di kampung, sukar juga saya hendak membayangkannya kerana tidak pernah merasanya. Namun, jika puan tidak suka rasa masam di dalam kari, kurangkan saja asam gelugur atau asam keping atau air asam jawanya. Inilah penyebab rasa masam itu.
Puan boleh cuba resepi di bawah:
Kari Ayam
1 ekor ayam, dipotong 12-16
60 ml minyak
5 cm kulit kayu manis }
4 kuntum bunga cengkih } bahan penumis
1 kuntum bunga lawang }
3 biji buah pelaga }
1 tangkai daun kari
1 keping asam gelugur
1.2 liter santan (1 kelapa)
3 biji ubi kentang, dibelah 4
garam & gula secukupnya
Bahan Kisar:
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
Campur sedikit air jadi pes:
1 camb serbuk rempah kari daging
1 camb serbuk cili
2 camt serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk kunyit
Panaskan minyak, tumis bahan penumis dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau selalu. Pastikan pes rempah benar-benar wangi dan masak. Bila terbit minyak, masukkan ayam dan kacau 4-5 min atau hingga kering airnya. Tuangkan santan, bubuh asam gelugur, garam dan gula. Kacau hingga mendidih dan bila ayam separuh masak, masukkan kentang. Kacau sekali sekali. Bila kentang empuk, bolehlah diangkat.