|
Post by SeaDragon on Dec 24, 2017 20:24:24 GMT 10
Ayam Percik ala Ayamas
1 ekor ayam - dipotong 2 atau 4 500-600 ml santan (dari 1 biji kelapa) 1 keping asam gelugur 1 batang serai - dititik sedikit garam & gula
Bahan Kisar: 6 biji cili merah 2 batang serai 2 cm kunyit (atau serbuknya, 1 camt) 3 cm halia (atau serbuknya, 1 camb) 1-2 camb pes cili 1 labu bawang besar 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih
Rempah (disangai & tumbuk/kisar): 1 sudu makan jintan putih 1 sudu makan jintan manis
Cara membuat: 1. Di dalam periuk besar atau kuali, satukan ayam, bahan kisar, santan, gula, asam gelugur dan garam. 2. Jerang di atas api sederhana dan kacau hingga ayam separuh masak. 3. Angkat ayam dan letak pada tempat pemanggang. 4. Bakar di atas bara api atau panggang di bawah gril. 5. Semasa memasak, percikkan kuah santan ke atas ayam dengan serai. Kuahnya hendaklah dibiar atas api kecil supaya pekat. Ketika menghidang, curahkan kuah ke atas ayam.
|
|