Post by SeaDragon on Dec 25, 2017 10:27:05 GMT 10
NASI DAGING MERAH
SOALAN: Bagaimana nak masak nasi daging merah?
JAWAPAN: Ada gerai yg menyediakan nasi goreng biasa utk hidangan ini, berserta Daging Merah sebagai lauk di atasnya. Di sini saya berikan sejenis nasi goreng yg enak dan sesuai dimakan dengan daging. Tidaklah dapat saya pastikan samada ia nasi goreng yg sama di tempat anda atau tidak.
Nasi Daging Merah
Nasi Goreng
1 mangkuk nasi
1 camt udang kering (direndam, tumbuk kasar)
4 biji telur
200 gm udang, dibuang kulit & urat
80 gm kacang pis
100 gm lobak merah, dikiub kecil
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 ulas bawang merah, dihiris halus
3 camb minyak
3 tangkai daun bawang, dihiris halus
Bahan Perisa:
1 camt serbuk kari
1 camt serbuk lada sulah
1 camt kicap ikan
1 camt kicap cair
Gaulkan semua bahan perisa dengan nasi. Panaskan separuh minyak, goreng udang kering hingga keperangan, angkat. Bubuh telur di tengah kuali, goreng dan pecahkan hingga halus dan masak kemudian angkat. Panaskan baki minyak, masukkan lobak merah dan renjiskan sedikit air utk mengempukkannya. Kemudian bubuh udang, pis, bawang putih dan bawang merah. Bila udang masak, masukkan pula nasi dan kacaukan semua sekali dengan udang kering dan telur tadi. Taburkan daun bawang semasa menghidangkannya.
Daging Masak Merah
500 gm daging batang pinang
Air
Sedikit pewarna merah
60 ml minyak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
6 tangkai daun bawang, dihiris
2 labu bawang besar, hiris bulat
2 biji tomato, belah 6
2 biji cili merah, hiris serong
4-5 biji cili padi, diketuk
1 camt tepung jagung + 3 camb air (bahan pemekat)
Bahan Sos:
2 camt serbuk belacan
1 camb kicap ikan
1/2 camb gula
60 ml sos tomato
3 camb sos cili
100 ml air
Rebus daging dengan air dan pewarna merah. Bila empuk, angkat dan biar suam kemudian hiris nipis. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sos dan kacau rata (tambah garam jika perlu). Bila sos mendidih, masukkan daging, bawang besar, daun bawang, tomato, cili merah, cili padi dan bahan pemekat. Kacau rata dan masak lagi hingga kuahnya pekat bolehlah diangkat.