|
Post by SeaDragon on Dec 22, 2017 15:15:00 GMT 10
Biskut Marmar Carries
100g mentega 80g marjerin 50g gula aising 1 biji kuning telur 1/2 camt vanila
Bahan Diayak: 250g tepung gandum 40g susu tepung 80g tepung jagung 1/2 camt serbuk penaik
Bahan Hiasan: 1 biji putih telur 180-200g gula aising sedikit pewarna coklat
Pukul sebentar mentega, marjerin, gula, telur dan vanila. Masukkan semua bahan ayak, uli perlahan menjadi doh. Tambah sedikit tepung gandum jika perlu. Canai doh setebal 4mm dan terap dengan acuan pilihan. Atur atas tin pembakar.
Untuk hiasan, putar putih telur dengan garfu sambil memasukkan sedikit demi sedikit gula hingga pekat. Jangan pukul dengan pemutar letrik kerana ia akan 'terlebih' berbuih (kecuali anda membuatnya banyak). Asingkan 2-3 camb hiasan, campur dengan pewarna coklat. Sapukan sedikit hiasan putih di atas biskut. Kemudian celup hujung lidi koktel ke dalam hiasan coklat dan lorekkan beberapa garisan di atas hiasan putih tadi. Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 min. Biar sejuk atas redai.
|
|