|
Post by SeaDragon on Dec 22, 2017 15:44:21 GMT 10
Bahulu Gulung
Perlu diingat bahawa adunan ini perlu 'ringan' kerana ia akan menjamin bahulu gulung anda gebu. Berhati-hati semasa memukul putih telur kerana pemutar dan mangkuk perlu dibilas dengan air panas & dilap bersih. Jika terdapat sebarang kesan minyak, putih telur tidak akan menjadi kental. Cara mengaupbalikkan adunan juga perlu perlahan agar gelembung udara tidak 'hilang'. Selamat mencuba!
Bahan-bahan: 4 biji putih telur 6 bji kuning telur 100 g gula kastor 75 g tepung gandum 25 g tepung jagung Jem (ikut suka jenisnya)
Alas tin pembakar swiss roll dengan kertas kalis minyak (lengser dengan sedikit marjerin). Pukul kuning telur dengan separuh gula hingga kembang, Dalam mangkuk & pemutar bersih, putar putih telur dan baki gula hingga kental. Kaupbalikkan putih telur ke dalam kuning telur, diselangseli dengan bahan ayak (tepung gandum & tepung jagung). Tuangkan ke dalam tin. Bakar selama 8-12 minit pada 220°C. Keluarkan, tutup dgn kain lembab. Biar sejuk kemudian terbalikkan kek dari tin, tanggalkan kertas. Ratakan jem kemudian gulang kemas.
|
|