|
Post by SeaDragon on Dec 22, 2017 18:38:00 GMT 10
Kek Puding Berlapis Pandan
Bahan Span: 6 biji telur 130 g gula kastor 130 g tepung gandum sedikit pewarna hijau 85 g mentega, dicairkan
Bahan Puding: 200 ml santan (dari 1 biji kelapa) 410 ml susu cair 300 ml jus daun pandan (diambil dari 8 helai daun pandan) 1 1/2 camb serbuk agar-agar segera 1 biji kuning telur 60 g tepung jagung 90 g gula kastor secubit garam sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya: Putar telur dan gula kastor hingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan mentega secara berselang-seli hingga habis. Pastikan ia ringan (banyak gelembung buih) kerana ini akan menentukan samada ia lembut atau sebaliknya. Akhir sekali, bubuh pewarna hijau.
Tuangkan adunan ke dalam tin bulat 22 cm yang sudah dilengser dan dialas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
Bakar kek span selam 15-20 minit pada suhu 200°C atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong mendatar 5 keping.
Untuk puding, kacau semua bahan hingga sebati.
Jerang di atas api perlahan dan kacau hingga pekat. Biar suam sedikit.
Ratakan sedikit puding pada dasar tin bulat 22 cm. Letak sekeping kek dan lapiskan lagi dengan puding pandan tadi di atas dan sekelilingnya.
Biarkan sejuk sebelum dihiris.
|
|