|
Post by SeaDragon on Dec 23, 2017 15:11:15 GMT 10
Untuk mendapatkan nasi ayam atau nasi lemak yg sedap, saya cadangkan puan gunakan separuh bahagian beras wangi dan separuh lagi beras biasa. Banyak teknik masakan yg akan menyerlahkan lagi masakan puan, contohnya, 'menggoreng' beras di dalam minyak (utk nasi ayam) hingga bersalut sepenuhnya atau bila menumis, pastikan bahan tumisan (bawang, halia dll) benar-benar terbit bau/harum dan pastikan api perlahan saja. Jika bahan tumisan terlalu garing, masakan tidak begitu enak. Saya rasa, cara puan memasak nasi lemak dengan halba dan halia memang 'kena' tetapi mungkin kerana tidak cukup garam, maka nasi lemak itu kurang 'menyengat'? Adakah puan terlupa meletakkan daun pandan, satu kewajipan di dalam sebarang resepi nasi lemak/nasi minyak dll? Yg paling penting, sambalnya mestilah cukup masam, manis barulah 'terangkat'... Nasi Lemak300g beras (seelok-eloknya jenis panjang atau seperti yg saya syorkan di atas), dibasuh & ditoskan 1 cm halia, dihiris nipis 2 ulas bawang merah, dicincang halus 1 camt garam 675ml santan (dari 1/2 biji kelapa), asingkan 3 camb patinya 1/8 camt halba 2 helai daun pandan, disimpulkan Jerang beras, halia, bawang merah, garam, santan, halba dan pandan di dalam periuk nasi letrik. Masak hingga kering airnya kemudian titiskan pati santan dan kacau rata. Tutup dan biar 10-12 minit atau hingga betul-betul masak. 3 jenis sambal yg boleh dihidangkan bersama Nasi Lemak:Sambal AyamSambal Tumis UdangSambal Telur
|
|