|
Post by SeaDragon on Dec 25, 2017 9:44:10 GMT 10
Nasi Goreng Mudah
4 camb minyak 150 g dada ayam, dipotong dadu 2 biji telur, dipukul 1 labu bawang besar (yg sedang), dicincang halus 3 ulas bawang putih, dicincang halus 100 g udang sedang, dibuang kulit kecuali ekor 1 camt pes cili } 1 camb sos cili } satukan 1 camt kicap cair } 2 camb sos tomato } 80 g sayuran campur (frozen mixed vegetables) 450-500 g nasi (yg sudah sejuk) Garam, serbuk lada sulah secukupnya
Panaskan separuh minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan sedikit. Bubuh telur di tengah kuali, kecaikan hingga masak kemudian angkat bersama ayam tadi.
Panaskan baki minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, sayuran campur. Renjiskan sedikit air dan kacau hingga sayur empuk. Bubuh pula semua bahan lain dan udang (kecuali nasi), kacau rata. Bila sebati dan udang masak, masukkan nasi bersama telur dan ayam tadi. Gaul rata-rata sebelum diangkat dan dihidangkan.
Tip: Tidak perlu memasukkan ayam jika tidak mahu (atau sukar dapati yg Halal).
|
|
|
Post by SeaDragon on Dec 25, 2017 9:49:43 GMT 10
Nasi Goreng
3 camb minyak 4 ulas bawang merah } ditumbuk 2 ulas bawang putih } 50 g udang sedang, dibuang urat 100 g isi ayam, dihiris dadu 80 g sayur campur (beku) 2 camb sos tiram 1 camb kicap cair 2 mangkuk kecil nasi sejuk (pastikan airnya agak kurang bila memasaknya supaya nasi agak berderai dan tidak menjadi gumpalan kecil) 2 biji telur (dibuat dadar, digulung & dihiris nipis) garam, serbuk lada sulah secukupnya hirisan cili merah, daun bawang untuk hiasan
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Pastikan bawang layu dan hampir keperangan kerana ini akan menentukan samada nasi goreng itu enak atau sebaliknya. Masukkan udang dan isi ayam. Kacau hingga ayam masak. Campurkan dengan sayur campur, sos tiram, kicap cair dan serbuk lada sulah. Kacau 1-2 minit kemudian masukkan nasi. Gaul rata-rata hingga sebati. Angkat dan taburkan telur dadar, cili merah dan daun bawang.
Nota: Gaul nasi sejuk dengan garam sebelum menggorengnya. Dengan cara ini, garam akan mesra bersama nasi. Jika suka pedas, boleh masukkan pes cili ke dalam bahan tumbuk dan tumiskan bersama-sama. Jika mahukan nasi goreng berwarna gelap, campurkan dengan kicap manis (tak perlu kicap cair).
|
|