|
Post by SeaDragon on Dec 22, 2017 15:08:47 GMT 10
Biskut Sarang Semut
210g mentega 350g tepung kastard 2 biji telur 125g gula kaster 1 camt vanila 80-100g tepung gandum sedikit manek berwarna/coklat rice cawan kertas
Cara membuatnya: 1. Pukul mentega hingga lembut, masukkan separuh tepung kastard dan pukul rata. Bubuh telur dan kacau sebati. 2. Campurkan sedikit demi sedikit gula, kacau rata. Masukkan pula vanila, diikuti baki tepung kastard dan tepung gandum. 3. Atur cawan kertas di dalam tin patty (berlubang 12 atau 16). Picitkan melalui tapis yg sederhana lubangnya supaya keluar pendek-pendek ke dalam cawan kertas tadi. 4. Taburkan manek kemudian bakar pada suhu 185°C selama 20 min atau hingga masak.
Jika adunan agak lembik, tambah 2-3 camb tepung gandum. Jika adunan agak keras (selepas disimpan lama kerana uan akan mengambil masa 'membentuk' dohnya), gaul dengan 1-2 camb mentega/marjerin.
|
|