|
Post by SeaDragon on Dec 21, 2017 7:20:17 GMT 10
Kek Keju (Bakar)
Campur 230 g serbuk biskut Digestive/marie, 30 g gula kastor dan 75 g mentega (cair), ratakan di dalam tin spring form 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Putar 250 g krim keju (cream cheese contohnya, jenis Philadelphia) dengan 125 ml krim putar dan 1 camb jus lemon. Masukkan sedikit demi sedikit 70 g gula kastor, diikuti 3 biji kuning telur dan 1 camt vanila. Akhir sekali, masukkan 2 camb tepung kastard.
Putar 3 biji putih telur hingga separuh kental, kaupbalikkan ke dalam adunan. Tuangkan ke atas lapisan biskut.
Letak tin di atas tin pembakar (agar minyaknya tidak menitis ke atas lantai ketuhar). Bakar pada 175°C selama 30-35 minit. Jangan dibuka ketuhar semasa memasak. Bila kek keju masak, renggangkan pintunya dengan sebatang sudu. Bila kek sejuk, baru disimpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. Hias dengan buah-buahan pilihan.
|
|