|
Post by SeaDragon on Dec 22, 2017 18:57:15 GMT 10
Serikaya
300 g gula pasir 125 ml air panas 3 biji telur 300 ml santan (1 kelapa) 2 helai daun pandan 1 camb marjerin (untuk mengilatkan)
Sediakan gula hangus: Ambil 70 g gula, hanguskan di dalam kuali non-stick, masukkan air panas dan masak hingga pekat (pastikan tidak kehitaman kerana ia akan menjadi pahit).
Kacau baki gula dan telur, masukkan santan. Tapiskan. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur. Bubuh daun pandan. Kacau di atas api perlahan hingga pekat. Masukkan marjerin dan kacau rata. Pastikan kaya benar-benar masak barulah ia akan berkilat.
|
|