Post by SeaDragon on Dec 25, 2017 9:34:48 GMT 10
MI KARI UNTUK 50 ORANG!
SOALAN: Saya nak minta resepi Mee Kari anggaran untuk 50 org makan....bolehkan Kak Norazlina?
JAWAPAN: Saya mengambil anggaran 1 paket mee (500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan. Resepi di bawah adalah anggaran saja dan kemungkinan ia tidak benar-benar tepat. Banyak faktor lain yg perlu dipertimbangkan dan kini masih belum ada buku masak yg khusus memberikan resepi utk khenduri/open house dsbnya. Jika ada sesiapa di antara pembaca memang mengusahakan katering, jemputlah berkongsi pengalaman anda...
Mee Kari (utk 50 org)
300 ml minyak
4 ekor ayam, dipotong 12-15 keping
300 g rempah kari (bancuh dengan sedikit santan)
10 liter santan (dari 7-8 biji kelapa)
4 keping asam gelugur
20 biji taupok (tauhu goreng), dibelah 2
5 keping fishcake, dihiris
5 paket fishball, dibelah 2
garam secukupnya
Rempah tumis:
5 btg kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
8 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
Dikisar halus:
3 labu bawang besar
30 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
8 cm halia
5-6 camb pes cili
12 tangkai cili merah
Bahan Sampingan:
1.2 kg udang sederhana, dicelur buang kulit
1 kg bebola ikan, dibelah 2
10 paket (500 g setiap satu) mee kuning, dicelur & tuskan
800 g isi ketam (jika suka)
1 .5 kg kerang, direbus & dikupas
1 kg taugeh, dibuang ekor & dicelur
600 g sawi, dipotong & dicelur
15 biji telur rebus, dibelah 4
hirisan daun bawang & bawang goreng, jika suka
cili merah hiris bersama cuka dan gula (dlm mangkuk)
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis. Bila wangi, masukkan pes rempah. Kacau hingga naik minyak. Masukkan ayam, kacau lagi hingga kering airnya baru dimasukkan santan, asam gelugur dan garam. Kacau sekali sekala hingga mendidih barulah diperlahankan api dan renihkan hingga terbit minyaknya. Masukkan pula fishcake, fishball dan taupok. Bila mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.